Promosi Web
PELANCONGAN
HRMIS
MAMPU
MyGoverment
MSC Malaysia
Renungan

Bekerja adalah satu ibadah dan amanah daripada Allah s.w.t kepada kita, untuk mendapatkan keseronokan bekerja, kita hendaklah ikhlas dan jujur dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan itu, kita mesti sedar, dengan kerja yang diamanahkan kepada kita, kita haruslah mengetahui bahawa semuanya itu datangnya dari Allah s.w,t. Apabila kita ikhlas melakukan pekerjaan kita akan merasai keseronokan dalam nikmat bekerja.


Bilangan pelawat

Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830Bilangan Pelawat: 0000418830


Dato’ Mohd Jidin memukul beduk sebagai simbolik melancarkan TEMCO, di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish fadzillah


Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan udara sebagai alternatif supaya pulau peranginan di seluruh Terengganu dapat dikunjungi pelancong tanpa mengira musim termasuk ketika monsun melanda Pantai Timur bermula November hingga Januari.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur menyebabkan pulau peranginan seperti Pulau Redang, Perhentian, Lang Tengah dan Pulau Kapas yang menjadi pusat tumpuan pelancong ke Terengganu terpaksa ditutup berikutan hanya  jalan laut sahaja menjadi penghubung untuk ke lokasi berkenaan.

“Kita tidak mempunyai lagi kemudahan kapal terbang dan helikopter bagi menghubungkan pelawat ke kawasan pulau berkenaan. Dengan demikian kerajaan negeri akan meneliti perkara itu kerana monsun yang datang tiba-tiba pada November hingga Januari menyebabkan kita menasihati supaya program pelancongan pulau pada akhir tahun mulai November hingga Januari tidak dijalankan dan pulau-pulau ditutup.

“Tetapi jika tidak berlaku taufan atau tengkujuh, aktiviti di pulau tetap berjalan dan kadang-kadang mereka akan membaiki kerosakan dan membaik pulih kemudahan di tempat penginapan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Eko Pelancongan Dan Pelancongan Marin (TEMCO) 2014, di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Kanan Pelancongan Negeri Terengganu, Ishamuddin Hashim dan Pngerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT), Tun Baharum Tun Abdul Razak.

Mohd Jidin berkata, alternatif yang sedang dirancang kerajaan negeri bagi memastikan kadar kehadiran pelancong dalam dan luar Terengganu ke pulau berlaku sepanjang tahun dijangka akan dimulai dengan mengenalpasti perkhidmatan penerbangan dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang.

“Jadi kalau ini dapat kita laksanakan bermakna sebahagian daripada kelemahan dan perkara yang menghalang pelancong ke pulau dari Kuala Terengganu akan diselesaikan selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mensasarkan 5,000 hingga 7,000 kunjungan pelancong akan meningkat sebaik sahaja bermulanya pakej lawatan menerusi penerbangan terus tiga kali seminggu dari Medan, Indonesia ke Kuala Terengganu bermula  24 November ini.

Penerbangan terus yang dikendalikan Syarikat Sriwijaya Air bertolak dari Medan, Indonesia terus ke Lapangan Terbangan Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu dan  penerbangan sama dari LTSM ke Medan juga pada tarikh sama .

Seramai 160 peserta di kalangan penggiat pelancongan, penjawat awam, ahli perniagaan dan pelajar mengikuti TEMCO yang berlangsung dua hari anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama PPNT.

Hit : 2675 « Kembali