Promosi Web
PELANCONGAN
HRMIS
MAMPU
MyGoverment
MSC Malaysia
Renungan

Bekerja adalah satu ibadah dan amanah daripada Allah s.w.t kepada kita, untuk mendapatkan keseronokan bekerja, kita hendaklah ikhlas dan jujur dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan itu, kita mesti sedar, dengan kerja yang diamanahkan kepada kita, kita haruslah mengetahui bahawa semuanya itu datangnya dari Allah s.w,t. Apabila kita ikhlas melakukan pekerjaan kita akan merasai keseronokan dalam nikmat bekerja.


Bilangan pelawat

Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262


Jemaah Haji Musim 1435M/2014H selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 2.05 petang semalam


Penerbangan terus pertama yang membawa 278 jemaah haji dari Pantai Timur selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah jam 2.05 petang semalam.

Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu, Mohammad Mokhzani Mukhtar, berkata kesemua jemaah haji berkenaan dilaporkan sihat, bagaimanapun mereka perlu merujuk kepada pusat kesihatan yang berthampiran dengan segera jika terdapat sebarang masalah kesihatan sebaik tiba di tanah air.

“Seramai 278 jemaah haji yang selamat tiba termasuk empat daripadanya rombongan perubatan, diingatkan jika terdapat masalah kesihatan sebaiknya membuat pemeriksaan di pusat perubatan terdekat dengan kadar segera.

“Selain itu, saya juga berharap agar keluarga jemaah haji bersabar menunggu jemaah yang bakal pulang kerana kita masih mempunyai penerbangan terus dari Jeddah dan jumlah keseluruhan jemaah yang bakal tiba untuk penerbangan terus bagi kali ini adalah seramai 1,394 orang”, katanya.

Beliau ditemui ketika sidang media menyambut ketibaan Jemaah Haji Musim 1435M/2014H di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.

Majlis sambutan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Speaker DUN Dato’ Mohd Zubir Embong dan beberapa Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Mokhzani berkata, penerbangan terakhir terus dari Jeddah ke Terengganu bagi jemaah haji musim 1435M/2014H adalah pada 30 Oktober ini.

“Penerbangan kedua akan tiba pada 27 Oktober (hari ini), diikuti ketiga pada 28 Oktober, keempat pada 29 Oktober dan terakhir pada 30 Oktober ini.

“Insyaallah jika tiada sebarang perubahan, semua jemaah akan selamat sampai di LTSM pada masa yang dijadualkan,” katanya.

Hit : 1639 « Kembali