Promosi Web
PELANCONGAN
HRMIS
MAMPU
MyGoverment
MSC Malaysia
Renungan

Bekerja adalah satu ibadah dan amanah daripada Allah s.w.t kepada kita, untuk mendapatkan keseronokan bekerja, kita hendaklah ikhlas dan jujur dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan itu, kita mesti sedar, dengan kerja yang diamanahkan kepada kita, kita haruslah mengetahui bahawa semuanya itu datangnya dari Allah s.w,t. Apabila kita ikhlas melakukan pekerjaan kita akan merasai keseronokan dalam nikmat bekerja.


Bilangan pelawat

Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378Bilangan Pelawat: 0000438378


Sebahagian pengamal media yang menyertai Retreat Media Ukom 2014, di Sutra Beach Resort, Setiu


Pengamal media di Terengganu diminta melaksanakan tugas secara telus dalam menyampaikan maklumat kerajaan supaya masyarakat dapat mengetahui dan menerimanya secara positif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman, berkata peranan orang media atau pemberita cukup penting kerana apa yang ditulis itu bukan saja dapat disebarkan kepada umum malah mampu menangkis tohmahan negatif daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Masyarakat mudah menerima apa disampaikan melalui akhbar berbanding mendengar ceramah politik atau kenyataan daripada pihak tertentu.

“Pihak itu juga mempunyai peranan penting bagi memperbetulkan keadaan, sekiranya masih terdapat lompang atau apa-apa kecacatan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Retreat Media Ukom 2014 di Sutra Beach Resort, Setiu, semalam.

Lebih 100 pengamal media dari pelbagai agensi hadir memeriahkan program selama dua hari dan berakhir semalam, anjuran Unit Komunikasi Negeri (Ukom).

Hadir sama, Pengarah Ukom, Che Mansor Che Kerma dan beberapa ketua biro agensi media massa

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya, berebut kerusi, mencari telur penyu dalam pasir, membawa bola ping pong dalam sudu, isi air dalam botol dan meniup belon sampai pecah dan selambut kasih.

Che Mansor berkata, Ukom akan membantu media tempatan mendapatkan pelbagai maklumat semasa mengenai dasar-dasar dan program kerajaan negeri, bagi memastikan rakyat mendapat berita yang tepat mengenai kerajaan negeri.

Katanya, langkah itu selaras dengan penubuhan Ukom yang bertujuan menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat dengan menyalurkan maklumat semasa mengenai aktiviti dan program yang dilaksanakan kerajaan kepada rakyat.

“Sebab itulah kita (Ukom) sentiasa mengadakan program-program seperti bicara media, retreat media dan pemimpin di Terengganu Fm serta Manis Fm bagi memberi peluang pemimpin menyampaikan maklumat secara berdepan, selain mengerat hubungan silaturahim antara agensi media,” katanya

Hit : 2375 « Kembali