Promosi Web
PELANCONGAN
HRMIS
MAMPU
MyGoverment
MSC Malaysia
Renungan

Kita diarahkan agar bekerja untuk melengkapi proses hidup di dunia tetapi pada waktu yang sama kita tidak boleh meninggalkan akhirat atau melebihkan dunia daripada akhirat atau menyamakan kedua-duanya. Sebetulnya akhirat adalah lebih baik sebagaimana firman Allah s.w.t. :





"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". 28/77


Bilangan pelawat

Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262


Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan satu rumah satu keluarga bagi rakyatnya menjelang 2020


Sebanyak 8,076 unit rumah kos rendah (RKR) dan rumah mampu milik (RMM) dibina di seluruh negeri dengan kos keseluruhan sebanyak RM787 juta sepanjang 2008 hingga tahun lalu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembinaan perumahan itu antara langkah kerajaan negeri untuk meminimakan golongan di bawah kategori miskin dengan mensasarkan ‘Satu Rumah, Satu Keluarga’ menjelang tahun 2020. “Buat masa ini, kerajaan negeri sedang giat membuat agihan kepada pemohon yang layak, selain membuat penilaian semula kadar harga bagi beberapa kategori rumah bagi meringankan beban rakyat. “Begitu juga dengan bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus sebelum ini telah dihapuskan. Mungkin nilai ini dianggap kecil bagi sesetengah orang tetapi amat besar maknanya kepada rakyat berpendapatan rendah yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, semalam. Ahmad Razif berkata, Terengganu juga mensasarkan pembinaan sebanyak 10,000 unit dalam masa lima tahun akan datang dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan juga usahasama dengan pemaju swasta serta badan-badan berkanun. Projek perumahan yang terbaru adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri melalui Unit Perumahan juga sedang dalam proses meneliti pemohon yang layak untuk penempatan di PPR Padang Hiliran dan perumahan lain. Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 56,490 permohonan diterima untuk memiliki RKR dan RMM. Selain projek PPR, kerajaan negeri juga positif projek di bawah skim Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang pertama akan dapat direalisasikan di Terengganu dalam masa terdekat. Menurutnya, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Perbadanan PR1MA Malaysia dalam menyediakan perumahan yang berkualiti di bawah skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).
Hit : 1785 « Kembali