Promosi Web
PELANCONGAN
HRMIS
MAMPU
MyGoverment
MSC Malaysia
Renungan

Bekerja adalah satu ibadah dan amanah daripada Allah s.w.t kepada kita, untuk mendapatkan keseronokan bekerja, kita hendaklah ikhlas dan jujur dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan itu, kita mesti sedar, dengan kerja yang diamanahkan kepada kita, kita haruslah mengetahui bahawa semuanya itu datangnya dari Allah s.w,t. Apabila kita ikhlas melakukan pekerjaan kita akan merasai keseronokan dalam nikmat bekerja.


Bilangan pelawat

Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262Bilangan Pelawat: 0000421262


YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata KDNK Negeri Terengganu dijangka meningkat tiga peratus akhir tahun ini berbanding RM20.2 bilion tahun lalu


Pertumbuhan ekonomi negeri dijangka akan terus positif pada tahun ini selepas berlaku pertumbuhan memberangsangkan sehingga kadar tiga peratus yang membolehkan KDNK mencapai RM20.2 bilion pada tahun lalu. Perkembangan itu disokong oleh pengekalan dan daya tahan yuang kukuh melalui asas ekonomi domestik dan pelaburan swasta serta pasaran buruh yang stabil. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jika persekitaran ekonomi global kian pulih, KDNK Terengganu dijangka akan mencapai pertumbuhan tiga peratus hingga empat peratus pada tahun ini. “Selain itu, jumlah pelaburan yang diluluskan di Terengganu daripada Januari 2013 hingga Februari 2014 berjumlah RM7.1 juta billion dan mewujudkan sebanyak 3,400 peluang pekerjaan. “Adalah dijangka jumlah pelaburan di negeri ini juga akan bertambah. Sementara kadar penganguran di Terengganu masih di bawah guna tenaga penuh iaitu 3 peratus pada tahun 2013 dan dijangka stabil pada kadar 2.5 peratus hingga 3.5 peratus pada tahun 2014,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. Ahmad Razif berkata, perancangan holistik sektor kerajaan dan didokong sektor swasta melalui berbagai projek pelaburan tempatan dan asing akan berupaya mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini. “Kadar inflasi yang sederhana dan terkawal iaitu 3.2% pada Disember 2013 membolehkan pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu berada dalam keadaan stabil dan mampan sepanjang tahun 2014,” ujarnya. Katanya, bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, pelbagai program pembasmian kemiskinan akan dirangka dan diperhebat. “Negeri Terengganu kini berada di tempat ke sebelas di antara negeri-negeri di Malaysia bagi miskin tegar. Adalah diyakini bahawa sasaran sifar kemiskinan tegar di negeri ini akan dapat dicapai tidak lama lagi,” ujarnya.
Hit : 1150 « Kembali