Promosi Web
PELANCONGAN
HRMIS
MAMPU
MyGoverment
MSC Malaysia
Renungan

Bekerja adalah satu ibadah dan amanah daripada Allah s.w.t kepada kita, untuk mendapatkan keseronokan bekerja, kita hendaklah ikhlas dan jujur dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan itu, kita mesti sedar, dengan kerja yang diamanahkan kepada kita, kita haruslah mengetahui bahawa semuanya itu datangnya dari Allah s.w,t. Apabila kita ikhlas melakukan pekerjaan kita akan merasai keseronokan dalam nikmat bekerja.


Bilangan pelawat

Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761Bilangan Pelawat: 0001127761

Kategori:KATA ALUAN
 

Badan Perhubungan Umno Terengganu akan mengalami rombakan dalam usaha untuk mendapatkan kembali sokongan padu ahli selain memantapkan kembali Umno negeri, kata Pengerusi Badan UMNO Perhubungan Negeri Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata senarai rombakan itu akan diumumkan dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri tahun ini yang akan diadakan pada 25 Jan di Kuala Terengganu.

"Yang pastinya senarai jawatankuasa baru ini akan memperlihatkan kombinasi muka lama dan baru," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Besut Bersama Pemimpin yang diadakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh di sini Jumat.

Ahmad, bagaimanapun, enggan menamakan antara pemimpin Umno negeri yang terlibat dalam rombakan itu.

Katanya surat jemputan kepada mereka yang tersenarai menduduki jawatankuasa baru itu dan Ketua Umno Bahagian akan dihantar dalam jangka masa terdekat.

Ahmad berkata seorang pegawai khas akan dilantik di setiap bahagian dalam usaha untuk memperkemaskan lagi anggota veteran UMNO di Terengganu.

Pada masa ini, jumlah ahli veteran UMNO yang masih bergerak aktif di Terengganu hampir mencecah 50,000 yang merupakan sembilan peratus jumlah pengundi di Terengganu sekarang, katanya.

Lampiran:Tiada rekod